sktelukm.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS
Km 10, 75460 Telok Mas, Melaka. Tel : 062618835
e-mel : sktelukm@zoom-a.com
| Laman Utama | Sekapur Sirih | KURIKULUM | Profil | Visi Dan Misi | Sejarah SKTM | Staff Akademik | Staff Sokongan | Terkini | Kokurikulum | Album | Merdeka |

Visi Sekolah

Misi Sekolah

S.K. Telok Mas adalah sebuah sekolah

cemerlang dan di contohi pada 2010

Mewujudkan budaya cemerlang dalam

jasmani, emosi,rohani, intelek,

dan menghasilkan insan berguna

kepada masyarakat

Matlamat Sekolah

  • Melaksanakan Dasar/ Falsafah Pendidikan Negara
  • Mewujudkan Fahaman Positif Falsafah Pendidikan Negara
  • Mempertingkatkan Prestasi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Meningkatkan Prestasi Pencapaian Keputusan UPSR
  • Menjadikan Masyarakat Sekolah Berilmu dan Rajin Membaca
  • Melahirkan Insan Yang Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Jasmani, Emosi, Bakat, Akhlak, Nilai Estetika dan Sosial
  • Menjadikan  Masyarakat Sekolah, Masyarakat Penyayang
  • Menerapkan Jurang Perbezaan Kecerdikan Murid-murid
  • Merapatkan Perhubungan Baik dan Mesra Serta Kerjasama Daripada Ibu Bapa Dan Masyarakat Setempat
  • Mempertingkatkan Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Ke Tahap Kecemerlangan

Objektif Sekolah

PENTADBIRAN

1    Mengemas kini dan mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah ke arah kecemerlangan

2.   Meningkatkan keilmuan guru dibiang profesionalnya melalui kursus, bengkel, seminar dan  

      perkembangan staff

3.   Melengkapkan bilik sumber dengan pelbagai kemudahan

4.   Mengawal perbelanjaan kewangan kerajaan dan suwa mengikut arahan yang diterima

                                                                                            

KURIKULUM

1.        Mengenal pasti kebolehan, minaaat dan sikap guru untuk tugasan yang sesuai

2.        Meningkatkan prestasi P&P dan mencapai tahap cemerlang dalam PKBS dan UPSR

3.        Memastikan peranan panitia berfungsi dari masa kesemasa

4.        Memberi kesedaran dan memupuk minat suka kepada budaya ilmu melalui budaya membaca

5.        Mengukuhkan kemahiran asas 3M

6.        Mempertingkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris

7.        Mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid yang mengambil UPSR

HEM

1.   Membuat perancangan dan membuat pengurusan supaya perlaksanaan program HEM SK. Telok Mas berjalan mengikut jadual.

 2.  Membantu supaya semua peringkat Jawatankuasa HEM dapat bergerak dengan cekap

 3.  Memastikan semua Jawatankuasa HEM memberi sokongan padu dengan bersikap pro-aktif dalam semua program anjuran Sekolah mahupun Jabatan dan Kementerian Pelajaran

KOKURIKULUM

1.  Merancang, mengurus dan melaksanakan program dan takwim kokurikulum SK Telok Mas selaaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

 2.  Mempertingkatkan tahap pengurusan dalam pengendalian sukan & permainan, persatuan & kelab, dan unit beruniform

 3.  Menguruskan penyertaan pertandingan menerusi aktiviti fokus kokurikulum selaras dengan program unit sukan, unit kokurikulum dan unit HEM Jabatan Pendidikan Melaka

 4.  Mencapai kejayaan dalam setiap penyertaan pertandingan yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

 5.  Memupuk semangat kesukanan yang tinggi serta semangat bersungguh-sungguh dalam apa jua aktiviti kokurikulum yang disertai oleh para pelajar

 

Piagam Pelanggan

MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI BAGI MEMBENTUK PELAJAR-PELAJAR KE ARAH BERSIKAP POSITIF DAN KREATIF SENTIASA MENGEKALKAN SIKAP PENYAYANG, BERDISIPLIN, BERFIKIRAN TERBUKA DAN MELAKSANAKAN TUGAS SECARA BERPASUKAN MENJALIN HUBUNGAN YANG LEBIH BAIK DAN MESRA  ANTARA IBUBAPA, GURU,PEKERJA SERTA MURID-MURID UNTUK MENJAYAKAN SEBARANG AKTIVITI PENDIDIKAN MEMPUNYAI SIKAP BERBUDAYA PENYAYANG KEPADA SEMUA PELANGGAN SENTIASA MENEPATI MASA DALAM SEBARANG   URUSAN DAN PEKA  DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA.

Falsafah Pendidikan Sekolah

PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN GERAKERJA DI SEKOLAH DIASASKAN ATAS KEPERCAYAAN BAHAWA

v      Semua murid mempunyai kecerdasan, bakat, dan minat yang boleh 

             dimajukan

v      Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sejawat

v      Semua murid harus mempunyai kesinambungan antara perkembangan

             minda, intelek dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani

v      Sekolah mempunyai tanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan

             masyarakat, bangsa agama dan negara

v      Masyarakat yang mempunyai tanggunjawab dan boleh menambahkan

             peranan dalam mendidik murid

Faflsafah  Pendidikan  Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: